Didakwa hina badan kehakiman, polis, peguam mengaku tidak bersalah

0
1

SEORANG peguam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Siber Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan memuatnaik hantaran di Facebooknya yang didakwa menghina badan kehakiman dan polis, Mac lalu.

Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia kerana memuat naik catatan itu pada 24 Mac lalu dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu menggunakan akaun Facebook Buzze Azam.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa secara sedar dan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan orang lain.

Ia telah dibaca pada 25 Mac 2021 jam 3.50 petang di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Jika sabit kesalahan, Mohd Khairul Azam berdepan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak kurang setahun atau kedua-duanya sekali.

Hakim Edwin Paramjothy Michael Muniandy membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 6 september untuk serahan dokumen.

Ketika ditemui media selepas itu, Mohd Khairul Azam berkata beliau tidak akan menarik balik kenyataan yang dikeluarkannya, sebaliknya akan mempertahankan diri di mahkamah.

“Inilah adat nak menegakkan prinsip dan keadilan,” katanya yang juga Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here