PELARI Itali, Marcell Jacobs dinobatkan sebagai jaguh pecut dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas menjuarai acara larian 100 meter hari ini.
Atlet berusia 26 tahun itu mencatatkan masa 9.80 saat untuk kedudukan pingat emas, sekali gus mencipta sejarah apabila menjadi pelari pertama dari Itali yang memenangi acara berkenaan.
Pingat perak dimenangi, Fred Kerley dari Amerika Syarikat dengan catatan masa (9.84 saat) dan Andre de Grasse (Kanada) meraih gangsa dengan rekod masa (9.89 saat).
Acara yang dinanti-nantikan itu bermula dengan sedikit kontroversi apabila wakil Great Britain, Travyon Bromell disingkirkan selepas memulakan larian lebih awal dari yang sepatutnya.
Kemenangan Jacobs bagaimanapun gagal menggugat rekod manusia terpantas di dunia iaitu pelari Jamaica, Usain Bolt yang hingga kini memegang rekod Oimpik dengan catatan masa 9.63 saat. – Malaysiapost

