PEMERIKSAAN dijalankan Pasukan Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM), semalam berjaya mengesan 59 premis yang ingkar prosedur operasi standard (SOP) dan diarahkan tutup serta merta.
Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata pemeriksaan dijalankan dengan kekuatan 18,953 anggota membabitkan 79,940 pemeriksaan dan snap check Covid-19 di seluruh negara.
“Pemeriksaan membabitkan kilang (1,761) kilang, premis perniagaan (13,064), tapak pembinaan (448) dan asrama penempatan pekerja (258),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, jumlah individu yang dikompaun kerana ingkar SOP semalam pula adalah seramai 207 orang dan daripada jumlah itu 28 individu direman.
“Tangkapan terhadap Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) melalui Op Benteng, semalam pula adalah seramai dua orang dan merampas lima kenderaan darat,” katanya. – Malaysiapost

