Rakyat Malaysia beri sokongan penuh kepada Dhabitah

0
5

RAKYAT Malaysia memberi sokongan penuh kepada penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri yang akan beraksi dalam final acara 3 meter papan anjal wanita, jam 2 petang ini.

Selepas beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, berjaya memenangi pingat pertama dari Olimpik Tokyo semalam, kini giliran Atlet berusia 22 tahun itu menjadi tumpuan negara hari ini bagi prospek pingat.

Di laman sosial, rata-rata orang ramai tidak sabar menantikan aksi Dhabitah dan mendoakannya dapat membawa pulang pingat untuk negara.

Pengguna Twitter dikenali Wong mendoakan Dhabitah agar dapat membawa pulang sekurang-kurangnya pingat gangsa untuk Malaysia.

“2.00 PM Nur dhabitah sabri akan beraksi di final utk 3 meter springboard, moga ada gangsa lagi,” katanya.

Manakala @Rise_NUEST memberi kata-kata semangat kepada Dhabitah untuk terus menunjukkan aksi cemerlang.

“Dhabitah Sabri for today 3M platform Final!! Go go go girll!! Game start at 2pm!,” katanya.

Begitu juga, @anfthh23_ mendoakan kejayaan Dhabitah dalam acara tersebut.

“Semoga kemenangan milik Dhabitah aamiin,” katanya.- Malaysiapost

Foto Kredit: IG/@dhabitah_sabri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here