Peguam Negara selesai jumpa Perdana Menteri

0
2
Beberapa kenderaan membawa menteri dilihat memasuki kawasan kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi.

BEBERAPA kenderaan kenamaan mula meninggalkan kediaman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin, petang ini.

Tinjauan Malaysiapost mendapati tiga kenderaan yang dikenal pasti salah satunya dipercayai dinaiki Peguam Negara telah meninggalkan kediaman Perdana Menteri sekitar jam 4 petang tadi.

Turut kelihatan kenderaan seorang menteri juga bergerak keluar meninggalkan kediaman Perdana Menteri.

Kediaman Perdana Menteri di Bukit Damansara menjadi tumpuan hari ini susulan kenyataan titah Yang di Pertuan Agong yang tidak memperkenankan proklamasi Darurat ditamatkan.

Terdahulu, Menteri Undang-Undang Datuk Seri Takiyuddin Hassan memberitahu Dewan Rakyat pada Isnin lalu bahawa Proklamasi Darurat telah dimansuhkan dan enam Ordinan Darurat dibatal berkuatkuasa 21 Julai lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here