2 individu dikesan positif Covid-19, Dewan Rakyat ditangguh ke 5.15 petang

0
2

SIDANG Khas Dewan Rakyat diangguhkan sehingga jam 5.15 petang hari ini susulan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan dua individu yang menghadiri persidangan positif Covid-19.

Susulan itu, semua yang hadir Sidang Khas sejak Isnin lalu hingga hari ini diwajibkan menjalani ujian saringan Covid-19.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, berkata beliau mendapat pemakluman mengenai kes Covid-19 berkenaan daripada Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, hari ini.

“Dukacita dimaklumkan KKM dimaklumkan pada 29 Julai 2021 pada jam 12.30 tengah hari iaitu dua kes positif Covid-19 yang telah hadir ke Parlimen

“Kes pertama ialah seorang petugas yang hadir ke Parlimen sejak Isnin lalu sehingga semalam dengan nilai kitaran ambang 18.7.

“Kes kedua dikesan hari ini semasa saringan di Parlimen menggunakan ujian kendiri Covid-19.

“Penilaian risiko berdasarkan maklumat siasatan awal mendapati kedua-dua kes tersebut dikhuatiri telah berada di beberapa lokasi di sekitar Parlimen semasa tempoh tersebut,” katanya.

Menurutnya, saringan gejala dan ujian saringan pengesanan Covid-19 dipohon dijalankan ke atas semua yang hadir dan berada di Parlimen termasuk semua Ahli Parlimen, pegawai-pegawai, warga Parlimen dan pekerja-pekerja.

“Tiada siapa dibenarkan keluar dari kompleks Parlimen sehingga keputusan diperoleh.

“Ujian saringan akan dilakukan di Pintu 3 Blok Utama yang sudah mula beroperasi sejak semalam dan keutamaan akan diberikan kepada Ahli-ahli Parlimen.

“Dewan Rakyat ditempohkan sehingga jam 5.15 petang ini, Peraturan 12 (2),” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here