Kerajaan tidak dengar pandangan rakyat – Puad Zarkashi

0
2

MOGOK atau hartal doktor kontrak yang diadakan pada Isnin lalu, bukti menunjukkan kerajaan tidak mendengar pandangan rakyat, dakwa Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Menurutnya, bukan setakat isu berkenaan sahaja tetapi Perikatan Nasional (PN) juga tidak melayan banyak permintaan rakyat yang dibawakan oleh Ahli Parlimen (MP) Barisan Nasional (BN).

Beliau mempertikaikan kenyataan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang mengatakan pihak pembangkang hanya pandai membantah sahaja tetapi tiada idea yang disampaikan di Parlimen.

“Wan Saiful Wan Jan kata, pembangkang tidak ada idea. Hanya tahu menjerit di Parlimen.

“Masalahnya Kerajaan PN boleh terima pandangan rakyat ke? Banyak permintaan rakyat yang dibawa oleh MP BN di Parlimen kamu tidak layan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Menurutnya, pandangan yang dibuat sebelum ini seperti moratorium automatik, prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), penutupan kilang dan sebagainya tidak didengar oleh kerajaan.

“Jangan lupa, TPM (Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) sudah tutup pintu depan. Tetapi Azmin (Menteri Perdagangan dan Industri Antrabangsa, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) buka pintu belakang.

“Apabila doktor kontrak mengadakan piket tiga hari lalu, itu bukti paling jelas kerajaan tidak terbuka untuk mendengar pandangan rakyat.

“Masalah kamu dengan pembangkang yang suka menjerit itu masalah kamu. Masalah dengan rakyat jangan tutup mata sebelah,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here