Susur Cheras-Kajang ke Lebuhraya Timur-Barat ditutup Jumaat ini

0
1

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan penutupan laluan susur dari Lebuhraya Cheras-Kajang ke Lebuhraya Hubungan Timur-Barat (Taman Connaught) pada Jumaat ini dari jam 8 pagi hingga 8 malam.

DBKL dalam satu kenyataan hari ini, penutupan itu dibuat susulan kerja baik pulih sistem perparitan serta memperbaharui permukaan jalan di bahagian terowong.

“Pengguna laluan ini boleh menggunakan laluan alternatif sedia ada di hadapan susur selepas simpang Taman Len Seng/Cheras Sentral Mall untuk ke Lebuhraya Hubungan Timur-Barat dan Taman Connaught,” menurut kenyataan itu.

DBKL turut menasihati pengguna jalan raya supaya mematuhi semua isyarat papan tanda sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here