Malaysia terima lebih 26 juta dos vaksin

0
4
Botol Vaksin AstraZaneca di PWTC.

[PARLIMEN] MALAYSIA telah menerima 26,383,670 dos vaksin Covid-19 menerusi perolehan kerajaan dan sumbangan negara luar, kata Khairy Jamaluddin.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) itu berkata, sehingga 26 Julai lalu, jumlah vaksin yang diterima daripada syarikat pembekal menerusi perolehan kerajaan adalah sebanyak 23,88 juta dos.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 1,085,790 dos diterima pada suku pertama; 8,906,530 dos dihantar pada suku kedua, manakala bakinya diterima pada Julai.

“Selain daripada bekalan vaksin yang diterima daripada perolehan, kerajaan juga menerima sumbangan vaksin daripada tiga negara.

“Tiga negara itu ialah Jepun yang menyumbang 998,400 dos vaksin AstraZeneca yang diterima pada 1 Julai. Amerika Syarikat menyumbang 1,000,350 dos vaksin Pfizer yang diterima pada 5 Julai.

“China menyumbang vaksin Sinovac sebanyak 500,000 dos yang diterima pada 16 Julai,” katanya pada sesi Penerangan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here