Covid-19: Empat lagi dikesan positif di Parlimen

0
2
Bangunan Parlimen Malaysia

EMPAT lagi kes positif Covid-19 dikesan di kawasan bangunan Parlimen, kata Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

Penjelasan itu dibuat ketika mengulas desakan wakil pembangkang supaya waktu sidang Parlimen dilanjutkan selepas 5.30 petang seperti ditetapkan ketika ini, bagi membolehkan lebih ramai wakil rakyat diberi peluang berucap.

“Kita (sidang Dewan Rakyat) sebenarnya telah tidak menuruti nasihat Ketua Pengarah Kesihatan, kalau ikut nasihat Ketua Pengarah Kesihatan, kita bersurai jam 2 petang sebab beliau bimbang penularan Covid-19 di kawasan Parlimen.

“Semalam dan hari ini ada lagi empat kes. Risiko agak tinggi sebab itu saya tetapkan 5.30 petang untuk beri peluang kepada semua bahas,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin (PKR-Hang Tuah Jaya) yang mencadangkan supaya Parlimen bersidang melebihi jam 5.30 petang.

Justeru Azhar memaklumkan tindakan melanjutkan sidang melebihi 5.30 petang berada di bawah kuasa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Isnin lalu, Azhar mengesahkan dua ahli Parlimen positif Covid-19 sekali gus tidak dapat menyertai Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 yang sedang berlangsung. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here