31 meninggal di rumah, adakah sistem kesihatan sudah lumpuh?

0
3

SEORANG Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini mempersoalkan apakah sistem kesihatan negara sudah lumpuh apabila 31 individu yang dikaitkan dengan Covid-19 meninggal dunia di rumah.

Menerusi kenyataan hari ini, Datuk Razlan Rafii berkata negara mencatat angkat kematian melebihi 200 orang selama dua hari berturut-turut.

“(Seramai) 31 meninggal dunia di rumah, adakah sistem kesihatan sudah lumpuh? Dua hari berturut-turut kadar kematian 200 ke atas, kluster kilang/tempat kerja yang baru ditambah 25, jumlah kluster terbanyak yang dicatatkan. Mati di rumah 31 orang.

“Dr Noor Hisham memberi amaran pada 7 Julai ketika kes melepasi angka 7,000 bahawa sistem kesihatan negara akan lumpuh, ‘red alert’, hari ini kes sudah menjangkau 16,000.

“Nasi sudah menjadi bubur, masa berlalu sudah tidak dapat dibawa balik, nyawa rakyat yang ramai terkorban tiada nilai gantian,” katanya.

Semalam, Malaysia mencatatkan 207 kes kematian iaitu tertinggi pernah direkodkan sejak wabak Covid-19 melanda negara.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM), jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Malaysia kini mencecah 8,408.

Sementara itu, Razlan berkata kesilapan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat keputusan penting terus membawa kepada bencana kepada negara.

“Di awal Ramadan, disuruh tutup, tidak mahu didengar, selepas raya puasa, dirayu tutup juga tidak dipeduli, apabila sudah sampai sistem kesihatan nak lumpuh, baru di umumkan ‘lockdown’, itu juga gagal.

“…’Lockdown ‘separuh masak berjalan selepas satu bulan, kereta bertambah, kilang-kilang diberi kebenaran buka walaupun kilang arak oleh MITI, rakyat menjadi bahan taruhan demi kekayaan mereka,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here