Noor Hisham bersyukur Labuan capai imuniti kelompok

0
1
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

KETUA Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melahirkan rasa syukur susulan kejayaan Labuan mencapai imuniti kelompok semalam.

Dengan mencapai 80 peratus golongan dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19, Labuan menjadi Wilayah Persekutuan/ negeri pertama mencapai imuniti kelompok.

Sehubungan itu, beliau menzahirkan ucapan penghargaan kepada semua petugas barisan harapan dan penduduk pulau berkenaan.

“Tahniah kepada semua petugas dan penduduk di WP Labuan kerana berjaya mencapai 80% vaksinasi penduduk dewasa. Alhamdulilah,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Semalam, Pengerusi Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) Labuan, Rithuan Ismail berkata 54,800 daripada 68,500 penduduk dewasa di Labuan yang disenarai layak untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) telah disuntik vaksin.

Ia sekali gus mencapai 80 peratus individu dewasa di pulau tersebut selesai menerima dua dos vaksin.

PICK Labuan dilancarkan pada 27 Februari lalu oleh Senator Datuk Bashir Alias yang menjadi individu pertama di sana menerima dos pertama. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here