Ku Li mohon pindah tempat duduk, tak mahu dilihat sokong kerajaan gagal

0
2

OLEH kerana tidak lagi menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah memohon pertukaran tempat duduk di Dewan Rakyat.

Veteran Umno itu telah menghantar surat permohonan berhubung perkara tersebut kepada Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun, semalam.

“Dengan hormatnya suka saya maklumkan bahawa saya tidak ingin terus berada di kerusi yang disediakan dalam Dewan Rakyat bersama-sama dengan lain-lain angota Dewan Rakyat yang ditempatkan dalam kumpulan seolah-olah menjadi penyokong kerajaan yang ada.

“Dengan makluman ini saya mohon mendapat persetujuan dan kerjasama Tuan Yang di Pertua memindahkan tempat duduk saya ke suatu kerusi dalam Dewan Rakyat berhampiran dengan kumpulan (blok) Bebas yang tidak menyokong kerajaan sekarang ini,” tulisnya dalam surat itu.

Pada Disember tahun lalu, Tengku Razaleigh yang juga Pengerusi Jemaah Penasihat Umno menarik sokongan beliau kepada kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau juga muncul dalam sidang media khas bersama Dr Mahathir, sehari sebelum bacaan kali ketiga Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021, sebagai usaha terakhir untuk menggagalkan kelulusan RUU itu di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, usaha itu gagal apabila Belanjawan 2021 diluluskan di Dewan Rakyat, selepas bacaan kali ketiga diputuskan menerusi undi belah bahagian menyaksikan 111 wakil rakyat menyokong, 108 menolak dan satu tidak hadir. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here