Maszlee bawa teropong ke Dewan Rakyat

0
1

AHLI Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik membawa teropong ke Sidang Khas Parlimen, hari ini.

Perbuatan itu dikongsi di Facebook dipercayai sebagai sindiran terhadap tindakan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali petang semalam.

“Tidak pernah saya bayangkan bahawa teropong suatu hari akan menjadi perkara penting di Parlimen.

“Siapa tahu lebih ramai menteri akan membawa plakad dengan tulisan kecil mereka,” katanya di Facebook, hari ini.

Semalam, Azmin mengundang rasa tidak puas hati pembangkang apabila mempamerkan plakad ketika membantu Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara (PPN) Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berhujah di Dewan Rakyat.

Tindakan Ahli Parlimen Gombak yang juga Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) itu mendapat kritikan pembangkang kerana tulisan dan grafiknya tidak dapat dibaca dari tempat duduk mereka. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here