PAS minta doktor kontrak tidak teruskan mogok

0
2
Penduduk-penduduk penghuni Flat Pelangi Damansara diarahkan menjalani ujian saringan Covid-19 pada hari kedua ujian saringan sesi petang berikutan 23 orang penduduk disahkankan positif Covid-19 pada 21 Oktober yang lalu.

TIADA keperluan untuk Gabungan Doktor Kontrak meneruskan hartal kerana kerajaan sudah memenuhi semua permintaan serta memberi jaminan dan komitmen mengubah sistem kesihatan negara.

Pengerusi Lajnah Kesihatan PAS, Prof Madya Dr Mohd Mazri Yahya, berkata situasi pada masa ini bukanlah masa sesuai untuk doktor kontrak berhartal sebaliknya bersatu menghadapi pandemik Covid-19 yang semakin kritikal.

“Perdana Menteri telah memenuhi hampir semua persoalan doktor kontrak tersebut sama ada penyambungan tempoh kontrak, komitmen penerusan kontrak bagi yang menyambung kepakaran sehingga tamat, Hadiah Latihan Persekutuan bagi yang berjaya mendapat tempat kursus kepakaran dan gaji dan cuti yang setara dengan doktor berjawatan tetap.

“Akhirnya Pengumuman Perdana Menteri tersebut telah merapatkan jurang di antara doktor kontrak dan doktor tetap dan yang berbeza hanya pada namanya sahaja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, PAS mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung komitmen kerajaan untuk mengatasi masalah doktor kontrak tersebut dengan reformasi menyeluruh perkhidmatan kesihatan negara.

Katanya, komitmen yang tidak pernah dilakukan oleh kedua-dua kerajaan sebelum ini sedangkan isu doktor kontrak itu bukan masalah baru yang dicipta oleh kerajaan pada hari ini.

“Ia adalah hasil daripada kesilapan perancangan oleh kepimpinan negara sejak 20 tahun yang lalu di bawah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Keobsesan kerajaan yang memerintah pada waktu itu dengan nisbah doktor:populasi setaraf dunia maju menyebabkan agenda menghasilkan doktor dengan cepat telah menjadi agenda negara sehingga terlahir fakulti-fakulti perubatan baru yang terlalu banyak melebihi nisbah fakulti perubatan:populasi di negara-negara maju sendiri.

“Natijahnya, disebabkan terlalu ramai graduan perubatan dan pada masa sama penjawatan kekal doktor siswazah di Kementerian Kesihatan adalah terhad, maka diperkenalkanlah satu sistem penjawatan baru di bawah sistem penjawatan kontrak pada Disember 2016 di bawah kepimpinan Perdana Menteri Malaysia ke 6, Datuk Seri Najib Abdul Razak,” katanya.

Beliau berkatya pada ketika ia diperkenalkan, tiada mogok dilancarkan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau parti politik atau doktor yang menandatangani perjanjian penerimaan jawatan kontrak tersebut.

“Penjawatan Doktor Kontrak ini secara keseluruhannya adalah lima tahun dan akan berakhir pada Disember 2021 ini.

“Sepanjang lima tahun tersebut, tiada usaha dilakukan samada kerajaan BN yang berakhir pada 2018 atau oleh kerajaan PH yang berakhir pada 2020. Tiada desakan daripada awal sehinggalah di akhir 2020,” katanya.

Kelmarin, Perdana Menteri mengumumkan pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak ditawarkan pelantikan secara kontrak untuk tempoh dua tahun selepas melengkapkan tempoh khidmat wajib bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan dan persediaan untuk mengikuti pengajian kepakaran.

Beliau berkata, keputusan yang dipersetujui Kabinet itu sebagai langkah penyelesaian segera termasuk melanjutkan pelantikan secara kontrak untuk tempoh maksimum empat tahun.

Menurut beliau, langkah itu bagi memastikan pegawai-pegawai berkenaan berjaya melengkapkan pengajian kepakaran masing-masing. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here