462,242 dos vaksin diberikan semalam

0
2
Vaksin AstraZaneca di PWTC.

SEBANYAK 462,242 dos suntikan vaksin Covid-19 diberikan semalam, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin di seluruh negara kini 16,487,158 dos.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi hantaran di laman Twitter, berkata jumlah penerima dos pertama ialah 301,536 individu dan seramai 160,706 individu menerima dos kedua semalam.

Secara keseluruhan, 11,222,398 individu telah menerima dos pertama manakala 5,264,760 individu telah melengkapkan dos kedua.

Lima negeri yang mencatatkan pemberian vaksin tertinggi semalam ialah Selangor dengan 128,690 orang, disusuli Kuala Lumpur (85,693), Sarawak (47,249), Negeri Sembilan (22,070) dan Johor (29,981). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here