Mak Neelofa terpalit sama isu UEL – Caprice

0
2

NAMA selibriti terkenal Neelofa dan suaminya Muhammad Harris Mohd Ismail atau PU Riz turut disebut pendakwah Ustaz Ebit Lew ketika menjawab persoalan yang dibangkitkan penyanyi rap, Caprice mengenai misi ke Gaza.

Ebit berkata, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 32, mendakwa dia mencuri kertas kerja mengenai misi ke Gaza untuk dihantar kepada Menteri Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“Caprice tuduh saya curi kertas kerjanya bersama Neelofa dan suami PU Riz yang sepatutnya mereka bersama pergi untuk misi ke Gaza.

“Tuduh saya bawa kertas kerja tu jumpa Menteri Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan kemudian ke Gaza sendiri tanpa mereka,” katanya dalam sidang media hari ini bagi menjawab dakwaan fitnah mengenai misinya ke Gaza.

Beliau menegaskan, tidak pernah berjumpa ketiga-tiga individu terbabit untuk membincangkan misi ke Gaza dan tidak pasti apa tujuan Caprice membuat tuduhan sedemikian.

“Saya maafkan dan doakan dia tapi dia berkeras juga, tak tahulah imiginasi dia ke apa dia kata saya bawa lari dokumen tu.

“Saya tidak pernah jumpa PU Riz, Neelofa bincang misi ke Gaza, tapi Caprice kata mak Neelofa beritahu dia..dah jadi macam drama pula dan saya tak nak campur tapi sebab dia tanya juga,” katanya.

Dalam sidang media menerusi Instagram Live yang mendapat sambutan hangat dengan lebih 310,000 tontonan, netizen menjadi tertarik terhadap komen Neelofa yang meminta agar tidak mengaitkan ibunya, Noor Kartini Noor Mohamed dalam perkara itu.

“My mom takde kena mengena dengan cerita Caprice and Ustaz.

“Saya minta jangan kaitkan benda yang tidak berasas,” tulisnya di ruangan komen.

Ebit Lew yang membaca komen tersebut meminta Neelofa untuk mendapat penjelasan daripada Caprice yang membangkitkan perkara berkenaan.

“Saya akan contact Caprice kenapa kaitkan nama orang yang tak terlibat. “This is not right,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here