34 premis termasuk kilang diarah tutup ingkar SOP

0
1
kilang

SEBANYAK 34 premis termasuk empat kilang dan premis perniagaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah kawalan Pergerakan (PKP).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Pasukan Task Force Operasi Pematuhan melaksanakan 78,604 pemeriksaan dan snap check Covid-19 di seluruh negara semalam.

“Pemeriksaan dijalankan ke atas 1,735 kilang, 15,285 premis perniagaan, 771 tapak pembinaan dan 266 buah asrama penempatan pekerja.

“Kerajaan mempertingkatkan SOP Covid-19 di sektor perkilangan dan premis perniagaan secara menyeluruh dari segi pemeriksaan kerana terlalu banyak perlanggaran arahan kerajaan dan SOP diwartakan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here