8 beradik yatim piatu jadi anak angkat Kementerian Pertahanan

0
1

LAPAN adik-beradik yang menjadi yatim piatu selepas ibu bapa mereka meninggal dunia kerana Covid-19 baru-baru ini, telah dijadikan anak angkat kepada Kementerian Pertahanan.

Perkara itu disahkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang berkata, pihaknya akan menjaga kebajikan terutamanya dalam menanggung kos pendidikan adik beradik itu sehingga berumur 18 tahun.

“Kementerian Pertahanan juga setuju mengambil semua adik-beradik ini sebagai anak angkat dan kita akan tanggung pendidikan mereka dari kecil sehingga usia 18 tahun,” katanya.

Lapan adik beradik yang kehilangan ibu bapa disebabkan pandemik Covid-19 di Bukit Beruntung hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan ditemui media selepas melawat lapan adik beradik yang sebelum ini kehilangan ibu bapa kerana Covid-19 di rumah mereka di Bukit Beruntung, hari ini.

Hadir sama, Dr Adham serta Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Kisah sedih dialami lapan beradik itu yang menetap di Jalan Mawar 1, Seksyen BB7 Bukit Beruntung sebelum ini tular media sosial dan menarik simpati netizen di media sosial.

Bapa lapan beradik itu, Benyajeed Bernie, 45, meninggal dunia pada 16 Julai lalu, manakala ibu mereka, Noraini Ibrahim, 43, dua hari kemudian (18 Julai).

Lapan adik beradik yang kehilangan ibu bapa disebabkan pandemik Covid-19 di Bukit Beruntung hari ini.

Menyentuh bantuan kepada lapan beradik itu, Ismail berkata, selain bantuan sejumlah RM5,000 dari Tabung Covid-19, mereka juga akan menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“JKM berikan adik-beradik ini untuk tujuh tahun ke atas RM150 sebulan, bagi enam tahun ke bawah RM200 sebulan. Jumlah keseluruhan RM950 sebulan dari JKM. Bakul makanan dan tabung kecemasan juga sebanyak RM950 secara ‘one-off’.

“Saya juga akan jumpa (Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan) kerana ibunya ada (caruman) PERKESO, jadi kita akan tengok apa yang boleh bantu untuk mempercepatkan proses,” katanya.

Selain itu, Ismail Sabri juga memaklumkan, kerajaan akan memastikan pembelajaran dan pendidikan adik beradik berkenaan terbela demi memastikan masa depan yang lebih baik, biarpun kehilangan ibu bapa sejak masih kanak-kanak.

Lapan adik beradik yang kehilangan ibu bapa disebabkan pandemik Covid-19 di Bukit Beruntung hari ini.

“Kita cuba membantu paling baik untuk masa depan anak-anak ini terutama dari segi pendidikan. Bantuan diberikan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) iaitu PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) sebanyak RM500 untuk setiap adik beradik dan akan dibuka akaun untuk mereka.

“Begitu juga Lembaga Zakat Selangor juga menyumbang untuk membayar sewa rumah RM650 sebulan, begitu juga barang makanan dan bantuan kewangan ‘one off’ RM650 selain bantuan bagi pendidikan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here