13,034 kes baharu Covid-19 hari ini

0
3
Dianggarkan seramai 2000 pesakit positif Covid-19 hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati Shah Alam hari ini.

MALAYSIA kembali mencatatkan trend peningkatan kes jangkitan baharu Covid-19 dengan 13,034 kes dilaporkan hari ini, sekali gus menjadikan kes kumulatif sebanyak 964,918 kes.

Berdasarkan data dan infografik dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebooknya, Selangor masih mencatatkan kes tertinggi iaitu 6,049 kes berbanding 5,524 kes semalam.

Ia diikuti Kuala Lumpur dengan 1,611 kes, Johor (791) , Negeri Sembilan (711), Kedah (701), Sarawak (644), Sabah (497) dan Pulau Pinang 371 kes.

Sementara itu, Terengganu (391), Melaka (353), Perak (284) Pahang (261) dan Kelantan dengan 240 kes.

Sementara, Putrajaya mencatat 100 kes dan Labuan 24 kes. Manakala, Perlis menjadi negeri tunggal catat satu angka dengan enam kes direkodkan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here