Ebit Lew sekat Caprice sebab kecewa

0
1

PUNCA utama pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew menyekat penyanyi rap, Caprice di laman sosialnya adalah kerana beliau kecewa dengan tindakan artis yang dianggapnya sebagai sahabat itu yang menyentuh mengenai bapanya yang sedang nazak.

Menurut Ebit Lew, beliau seboleh mungkin akan menjauhi perkara yang negatif di media sosial dan akan bertindak menyekatnya.

“Ayah saya tengah sakit, bukan sakit biasa, doktor kata tinggal 10 hari dan orang ingat saya main-main tapi tak.

“Saya sayang ayah saya lebih daripada nyawa saya..segala-gala hidup saya tentang emak dan ayah saya.

“Hari-hari saya menangis, jantung saya berdebar memikirkan ayah saya tetapi sebab perjuangan saya teruskan usaha saya di Gaza sampai selesai,” katanya dalam sidang media bagi menjawab pelbagai fitnah mengenai dirinya membabitkan misi ke Gaza.

Menurutnya, apabila sampai di tanah air selepas pulang dari misi ke Gaza, beliau meminta kebenaran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menziarah ayahnya di hospital dan permohonannya diluluskan.

“Sebenarnya memang boleh ziarah kalau bukan positif Covid-19. Ayah saya negatif, saya juga negatif dan saya ziarah tu saya juga kena pakai peralatan perlindungan peribadi (PPE) untuk tempoh yang sekejap 30 minit sahaja.

“Dia (Caprice) tegur saya, kata saya tidak patut kongsi gambar saya ziarah ayah sebab katanya ramai rakyat Malaysia tidak dapat ziarah ayah yang sakit, tapi ayah saya bukan sakit ayah saya nazak nak ‘pergi’ dah.

“Kalau benda itu salah, KKM tidak akan kongsi perkara itu dan doakan ayah saya..tetapi sahabat saya sendiri (Caprice) tiba-tiba mesej marah saya macam tu..luka hati saya..terus terang saya kata ketika itu saya amik telefon lontar ke tepi sebab saya sedih,” katanya.

Beliau berkata, ketika itu Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli turut mengadu mengenainya pada kerajaan Malaysia dan beliau sedang disiasat ketika itu susulan aduan berkenaan.

“Bagi saya perkara itu sangat melampau dan saya sangat sedih serta tidak mampu nak jawab apa-apa dan hanya mahu menyelesaikan urusan ayah saya sahaja.

“Betul rupanya beberapa hari selepas itu ayah saya meninggal dunia,” katanya.

Ebit Lew berkata, beliau juga sedih apabila mengetahui bapanya mendengar perkara buruk mengenai misinya ke Gaza melalui media sosial.

“Masa saya pergi ke Gaza..saya tahu ayah saya ada dengar mengenai saya melalui ‘live’ Nadir Al-Nuri yang mengatakan misi saya bukan macam di Afrika, mustahil dapat masuk (Gaza), kalau dapat masuk memang wali..ketawa berdekah-dekah live dengan Firdaus Wong, PU Rahmat anda semua boleh semak semula video berkenaan,” katanya. – Malaysiapost

Foto Kredit: FB/Ebit Lew

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here