Keluarga Nora mahu bawa penyebar video ke muka keadilan

0
3

ANAK sulung penyanyi Nora Ariffin, Mohd Syakir Iman Johan memaklumkan keluarganya bersedia  membawa individu yang menyebarkan video adiknya, Putri Nor Dahlia bercumbu dengan remaja lelaki ke muka pengadilan.

Syakir, 27, berkata perbuatan individu yang menggunakan aplikasi Twitter dengan nama @danicah6299811 sememangnya cukup melampau apabila kerap memuat naik video dengan tujuan mengeruhkan keadaan.

“Insya-Allah kalau disabitkan kesalahan, kami cubalah untuk bawa anda ke muka pengadilan sekali. Sebab bukan sekali awak ‘post’ video ini. Memang berniat untuk memburukkan lagi keadaan ya?” katanya.

Sementara itu, Syakir mengakui terkilan apabila warganet cuma menghentam ibu serta adiknya, sedangkan kesalahan itu patut diletakkan pada remaja lelaki terbabit.

Katanya, keluarga juga mahu mengadakan pertemuan bagi menyelesaikan kemelut berkenaan dengan keluarga remaja lelaki itu, hari ini.

“Perkara ini sudah berubah menjadi lebih serius. Insya-Allah petang ini kami akan bersemuka dengan keluarga remaja lelaki itu. 

“Walaupun ada yang sudah membenci dan mencaci adik dan mak saya, saya mohon jasa baik anda untuk tidak kongsikan video yang sedia ada, dan doakan kami semua. Insya-Allah,” katanya.

Kelmarin, tular klip video mirip anak gadis Nora yang kelihatan bercumbu dengan seorang remaja lelaki yang tular di media sosial.

Nora menerusi akaun media sosialnya semalam mengakui remaja berkenaan adalah anak perempuannya. – Malaysiapost