Suruh dia balik Selangor – Noh Omar

0
2

PENGERUSI Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar meminta rakyat Sabah menyuruh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pulang segera.

Noh berkata, ketika ini warga Selangor sedang menderita kerana masalah air yang melanda negeri itu sejak semalam.

“Orang Sabah kalau terjumpa lelaki dalam gambar ni tolong suruh dia balik serta-merta. Orang Selangor tengah menderita tak ada air,” katanya menerusi akaun Facebook.

Tan Sri Noh Omar

Noh turut memuat naik poster program Menteri Besar Selangor itu di Kota Kinabalu yang dijadual berlangsung 2.30 petang tadi.

Sementara itu carian Malaysia Post mengenai program berkenaan di Twitter mendapati berkemungkinan turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor.

Pengguna Twitter @Eyda40382969 memaklumkan Menteri Besar dan Adun akan berkongsi pengalaman dan kejayaan Selangor dalam program itu.

Dalam pada itu, pengguna Twitter @juezulkifli yang memuat naik poster program berkenaan hingga viral di Facebook bagaimanapun memadam ‘post’ berkenaan.-Malaysiapost