Lelaki ziarah kubur dikompaun RM2,000

0
2

SEORANG lelaki yang menziarah kubur pada Aidiladha semalam, dikompaun RM2,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pemuda berusia 21 tahun itu datang bersama dua anak saudaranya ke Tanah Perkuburan Islam Felda Palong 12 dan 13 di Jempol bagi tujuan ziarah.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata lelaki tersebut ditahan oleh pasukan khas pematuhan SOP Pelan Pemulihan Negara pada jam 11.40 pagi.

“Berikutan itu, kompaun dikeluarkan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Chang Hook seterus menasihati orang ramai supaya mematuhi semua SOP ditetapkan termasuk tidak melakukan aktiviti ziarah kubur dan berkunjung rumah ke rumah sepanjang Aidiladha ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here