49 lelaki tunai solat Aidilfitri luar surau sudah ditahan

0
1

SERAMAI 49 lelaki yang dipercayai melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan menunaikan solat sunat Aidiladha berhampiran jalan raya di luar pekarangan Surau Taman Pelangi, Juru, semalam, sudah ditahan.

Penahanan melibatkan 48 warganegara Bangladesh dan seorang warga tempatan itu dibuat di kawasan perumahan berkenaan sejurus polis menerima laporan berhubung insiden itu.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, lapor Berita Harian.

Difahamkan, mereka kini berada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Mohd Shuhaily memaklumkan polis sedang mengesan kira-kira 200 warga asing yang dipercayai melanggar SOP dengan menunaikan solat di luar pekarangan surau terbabit.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati perkara itu berlaku secara spontan selepas kesemua mereka tidak dibenarkan solat di dalam surau memandangkan jumlah jemaah dihadkan hanya kepada 100 orang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 10, Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021,” katanya.

Terdahulu, video berdurasi 22 saat yang tular di media sosial memaparkan ratusan jemaah dipercayai warga asing berhimpun untuk menunaikan solat Aidiladha di jalan raya di luar pekarangan surau yang dirakam orang awam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here