JANGKITAN kes Covid-19 melibatkan dewan bedah Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ketika ini adalah terkawal.
HCTM UKM dalam kenyataan memaklumkan, semua kakitangan hospital itu terutama petugas kesihatan sentiasa mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) terkini yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sama ada di tempat kerja mahupun ketika berada di tempat lain.
“HCTM sangat prihatin terhadap peningkatan kes Covid-19 dalam kalangan petugas kesihatan ini dan akan sentiasa memantau perkembangan jangkitan kes Covid-19 dalam kalangan petugas kesihatan dari masa ke masa,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu sekali gus menafikan mesej tular di media sosial mendakwa terdapat jangkitan Covid-19 tidak terkawal di dewan bedah berkenaan.
Penularan itu kononnya berpunca daripada ketidakpatuhan terhadap SOP terutamanya melibatkan pemakaian peralatan perlindungan peribadi (PPE). – Malaysiapost
Foto Kredit: Laman Sesawang HTCM UKM

