Aidiladha: TPM ingatkan patuhi SOP, amalkan kawalan kendiri

0
2

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan umat Islam supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan mengamalkan kawalan kendiri sempena sambutan Aidiladha esok .

Beliau berkata, pematuhan SOP itu penting demi melindungi diri keluarga dan masyarakat daripada jangkitan Covid-19.

“Sentiasalah mematuhi SOP yang ditetapkan dan amalkan kawalan kendiri untuk keselamatan diri, keluarga dan masyarakat kita.

“Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua muslimin dan muslimat,” katanya menerusi hantaran Facebook.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, pengertian Aidiladha dan ibadah korban itu sendiri yang menuntut kita untuk terus bertaqwa kepada Allah SWT dengan penuh keikhlasan dan merendah hati.

“Walaupun Aidiladha disambut dengan sederhana, tiada yang lebih bermakna dari setiap amalan serta ibadah kita diterima oleh Allah SWT yang Maha Esa,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here