
Malaysia hari ini mencatatkan 129 kematian baharu Covid-19, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 7,148 kematian sejak virus tersebut melanda negara.
Berdasarkan infografik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak6,439 kes sembuh direkodkan hari ini, menjadi jumlah keseluruhan kes sembuh setakat ini adalah 791,388.
Bagaimanapun, kes harian jangkitan Covid-19 masih melepasi angka kes sembuh dengan 10,972 kes menjadikan keseluruhan kes kini 927,533 kes.
Hari ini, jumlah kes yang berada di tahap 1 iaitu jangkitan tanpa gejala adalah 6,337 kes, diikuti tahap dua (gejala ringan) 4,464 kes, tahap tiga (radang paru-paru) 103 kes.
Manakala, kes di tahap empat (memerlukan bantuan oksigen) 42 kes, dan tahap lima (tahap kritikal, guna ventilator) sebanyaj 26 kes.
Sementara, pesakit Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 915 kes dengan 435 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. – Malaysiapost
