Wira Putra gesa Ahli Parlimen boikot sidang Dewan Rakyat

0
2

PERGERAKAN Wira PUTRA Malaysia mencadangkan agar Ahli Parlimen yang berintegriti supaya memboikot sidang Parlimen kali ini, kata Ketuanya, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif.

Katanya, ia bagi menunjukkan hilangnya kepercayaan ahli-ahli Dewan terhadap kepimpinan dan urus tadbir Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Katanya, tindakan yang diibaratkan mempersenda kewibawaan ahli-ahli Parlimen untuk berhujah secara demokrasi menunjukkan hilangnya integriti Perdana Menteri dan kemuliaan Dewan Rakyat.

“Kenyataan Timbalan Speaker berkenaan jumlah 80 Ahli Parlimen yang boleh masuk ke Dewan Rakyat untuk sidang Parlimen kali ini sandiwara politik semata-mata.

“Tak masuk akal ahli-ahli Parlimen diminta untuk percaya agar menerima suntikan vaksin dua dos bagi membolehkan mereka terus turun padang membantu rakyat di kawasan, tetapi tidak boleh masuk Parlimen yang mengumpul 220 orang sahaja.

“Tindakan ini jelas mempersendakan Institusi Parlimen dan Titah Yang Di-Pertuan Agong,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Nasrul Ali berkata, Dewan Rakyat wajib membincangkan segala perbelanjaan RM600 bilion yang telah dibelanja sepanjang tempoh darurat dikuatkuasakan.

“Banyak khabar angin tidak baik dengan ketirisan dana yang digunakan tidak selari dengan kos sepatutnya dibelanjakan oleh kerajaan.

“Penjelasan sahaja tidak cukup, perbahasan penuh terhadap perkara ini amat penting kerana di bawah kuasa Ordinan Darurat tiada semak dan imbang serta tiada ketelusan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here