“CAPRICE ada sekali tak tu Datuk?” Itu antara pertanyaan di ruangan komen hantaran Facebook Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
Ini kerana kelibat penyanyi rap itu tidak kelihatan dalam misi bantuan di sebuah kem pelarian di Gaza.
Seperti semua tahu, Caprice juga menyertai misi kemanusiaan bersama Humanitarian Mission 4 Palestine (HM4P) yang diketuai Abdul Azeez.
Namun begitu, menerusi hantaran dimuat naik Abdul Azeez, netizen bertanya di mana keberadaan Caprice kerana tidak kelihatan dalam entri tersebut.
Difahamkan pasukan berkenaan masih tidak dibenarkan memasuki Gaza buat masa ini dan gigih memberikan bantuan di kem pelarian Gaza sekitar Jordan kini.
“Caprice tiada ke? Dan jangan tunjuk muka penerima bantuan tu nanti orang Arab dan Caprice marah.”
“Salam Datuk, mana Caprice? Tanya jer”
“Datuk, ada masa boleh ziarah Caprice. Kesian dia dalam tekanan.”
Sebelum ini, Caprice menerima kecaman selepas mendakwa pendakwah, Ebit Lew dan pasukannya memburukkan imej negara ketika berada di Gaza, untuk membantu rakyat wilayah bergelok itu.
Menurut Caprice, tindakan Ebit memuat naik gambar bersama kanak-kanak dan wanita palestin tidak bersesuaian dengan budaya di sana, dan menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak di negara itu. – Malaysiapost

