TRAFIK sepanjang laluan di kedua-dua arah Lebuhraya Utara Selatan masih bergerak lancar dan terkawal berikutan aliran trafik yang rendah.
Perkara itu dimaklumkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi kemaskini terbaharu pada jam 9.54 pagi tadi menerusi hantaran di Facebooknya.
LLM turut memaklumkan pada jam 8.55 pagi tadi, trafik sepanjang laluan utama menghala Pantai Timur bergerak lancar dan terkawal.
Ini termasuk sekitar Plaza Tol Gombak, kawasan mendaki Genting Sempah dan Plaza Tol Bentong.
Bagaimanapun, kemaskini pada jam 7.31 pagi tadi LLM melaporkan trafik mulai perlahan sebelum masuk Plaza Tol Sungai Besi di ibu negara menghala ke selatan/Universiti Putra Malaysia. – Malaysiapost

