Hishammuddin dikuarantin lagi

0
1

MENTERI Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein terpaksa menjalani perintah kuarantin sekali lagi selepas dikesan menjadi kontak rapat kes positif Covid-19.

Ahli Parlimen Sembrong itu memaklumkan perkara berkenaan dalam komen di satu hantarannya di Instagram petang semalam.

Beliau meminta maaf kepada dua pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di kawasan Parlimennya yang beliau dijadualkan bertemu susulan mereka mendapat keputusan 11A dan 10A.

“Video call dengan saudari Wong Hui Jun dan saudara Hew Yee Hang serta ibu bapa mereka ucap tahniah atas kecemerlangan beroleh 11A dan 10A dalam SPM.

“Saya anggap kecemerlangan mereka sebagai kejayaan warga Sembrong khususnya ibu bapa, guru dan pelajar.

“Maaf sangat kerana tidak dapat bertemu hari ini. Saya dalam perintah kuarantin kerana kontak rapat seseorang yang disahkan positif (Covid-19),” katanya di Instagram semalam.

Bulan lalu, Hishammuddin terpaksa membatalkan jadual menghadiri Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN-China selepas terpaksa menjalani kuarantin kerana menjadi kontak rapat kes positif Covid-19.

Sebelum itu pada Mei tahun lalu beliau turut dikuarantin kerana menjadi kontak rapat dengan pegawai Wisma Putra yang disahkan positif. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here