PM yakin kontinjen negara bawa pulang emas dari Tokyo

0
1

TAN Sri Muhyiddin Yassin menaruh keyakinan tinggi atlet negara ke temasya Sukan Olimpik Tokyo adalah yang terbaik dan mampu menghasilkan pingat emas pertama buat negara.

Perdana Menteri sempat meluangkan masa bersama atlet negara sambil memberi kata-kata semangat pada Flag Off Kontinjen Malaysia ke Olimpik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi.

“Kontinjen Malaysia bukan hanya diwakili 64 atlet, jurulatih dan pegawai sokongan, malah diperkuatkan semangat 32 juta rakyat Malaysia yang sama-sama mendoakan pingat emas pertama berjaya diraih pada temasya kali ini,” katanya.

Muhyiddin turut mengibarkan Jalur Gemilang sebagai simbolik pelepasan Kontinjen Malaysia ke sukan berprestij itu.

Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican serta Chef de Mission Sukan Olimpik Tokyo 2020, Datuk Lee Chong Wei.

Ini merupakan kumpulan kedua melibatkan atlet dan jurulatih dari sukan terjun, badminton, memanah, gimnastik dan renang berlepas ke Tokyo.

Kumpulan pertama terdiri daripada atlet pelayaran berlepas ke Tokyo pada 8 Julai lalu, manakala baki atlet dijangka berlepas 25 Julai ini.

Sukan Olimpik Tokyo bermula 23 Julai ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here