Fendy Caliph Buskers terima set dram baharu

0
3

SELEPAS menjual dua set dram yang sebelum ini menjadi punca mata pencariannya akibat kesempitan hidup susulan wabak Covid-19, Fendy Adlun, tentunya mampu kembali menarik nafas lega.

Ini kerana Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membantu pemain dram kumpulan muzik Caliph Buskers itu membeli set baharu alat muzik tersebut untuk memudahkannya mencari rezeki ketika pandemik ini.

Set dram baharu itu disampaikan kepadanya oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal semalam.

“Saya sudah sampaikan set dram elektrik kepada Fendi Caliph Buskers seperti yang kami janjikan ketika pertemuan dengan beliau hujung minggu lalu.

“Beliau akan adakan busking-online setiap malam Sabtu di page beliau,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Wan Ahmad Fayhsal berkata, dengan adanya set baharu itu, Fendy, 30, juga akan menjalankan masterclass dram secara dalam talian.

“Jadi kepada semua peminat jangan lupa sokong beliau. Jom sama-sama kita tonton beliau di Fendy Hpilacreksub.

“Kami di KBS Malaysia juga bersedia untuk bantu setup myGIG untuk beliau jana pendapatan atas talian jika berminat dan bersedia,” katanya lagi.

Sebelum ini, media melaporkan Fendy berdepan kesukaran hidup selepas lebih setahun pendapatannya terjejas akibat pandemik Covid-19.

Susulan itu, Fendy terpaksa menjual dua set dram kesayangan yang dibeli pada harga RM4,500 dengan harga cuma RM1,500 dan RM2,000 selepas duit simpanannya semakin berkurang.

Ini kerana beliau terbeban untuk menampung sewa rumah, bil utiliti dan perbelanjaan lain apabila tiada lagi persembahan dan hanya menggunakan duit simpanan untuk kelangsungan hidup. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here