JUMLAH pemberian vaksin Covid-19 harian di Malaysia terus mencatatkan angka melepasi 400,000 apabila 406,763 dos lagi diberikan semalam, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.
Menerusi perkongsian data pemberian vaksin Covid-19 di Twitter beliau, seramai 276,905 individu menerima suntikan dos pertama serta 129,858 individu lagi lengkap menerima dos kedua.
Perkembangan itu menyaksikan keseluruhan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilaksanakan sejak 24 Februari lalu adalah sebanyak 13,514,479 dos.
Jumlah pemberian dos tertinggi harian adalah pada kelmarin iaitu sebanyak 460,158 suntikan, iaitu 304,807 individu menerima dos pertama dan 155,351 lagi menerima dos kedua. – Malaysiapost

