Caprice tegur Ebit Lew tidak adil dalam misi kemanusiaan di Gaza

0
2

PENYANYI rap, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli memberi teguran terhadap tindakan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew ketika melakukan misi kemanusiaan di Gaza baru-baru ini, yang disifatkannya sebagai tidak adil.

Caprice menerusi hantaran mesej melalui WhatsApp kepada Ebit Lew menyatakan bahawa tindakan pendakwah itu yang lebih menyantuni orang dan kanak-kanak miskin di sana, dilihat tidak wajar bagi penduduk Palestin yang lain.

“Salam Ustaz (Ebit Lew), minta maaf tapi Caprice dah simpan rasa ini lebih satu minggu dah, Caprice rasa kena tegur Ustaz depan-depan dulu.

“Ada beberapa pihak yang tak senang tengok gambar-gambar Ustaz yang hanya ‘highlight’ orang dan budak miskin.

“Caprice bagi contoh budak ini kena ambil gambar dua kali terima mainan. Apabila orang Palestin tanya kenapa Ustaz yang terkenal di Malaysia buat macam ni, Caprice pun tak tahu macam mana nak jawab,” katanya.

Caprice berkata lagi, tidak salah tindakan Ebit Lew membantu orang miskin di sana namun di bumi Palestin, jika kita menyebut solidariti, rakyat berkenaan faham bahawa mereka juga perlu ‘diraikan’ supaya dunia dapat melihat perjuangan dan semangat mereka.

“Sebab itu Caprice rasa, dan sebab itu Caprice masuk dan cuba tunjuk yang kita memang betul-betul nak bersama dengan rakyat dan pejuang mereka,” katanya.

Bagaimanapun, teguran terbuka itu, telah menyebabkan Caprice disekat dari mengikuti Instagram (IG) Ebit Lew.

Pada 24 Jun lalu, Caprice berangkat ke Palestin bagi menyertai misi bantuan ke Gaza. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here