Pandemik sedarkan Malaysia perlu ramai bekerja di sektor ‘essential services’

0
2
Datuk Seri Mohamad Hasan

MALAYSIA perlu melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir yang terlibat dalam sektor pekerjaan ‘essential services’.

Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pandemik Covid-19 yang melanda negara ketika ini telah menyedarkan bahawa perlu melibatkan lebih ramai rakyat yang bekerja dalam sektor berkenaan.

“Pandemik ini menyedarkan kita bahawa tenaga kerja kita memerlukan skill berlainan bila sektor ekonomi di buka secara total. Sebahagian tenaga kerja mesti dilengkapkan dengan ‘rare and super skills’.

“Sistem, kemahiran, sikap dan budaya kerja kita tidak lagi boleh ‘changeless’. Ekonomi Malaysia menjadi parah dan meleset dengan deras kerana kebanyakan tenaga kerja kita adalah dalam ‘non-essential services’.

“Mereka tidak berada dalam sektor kewangan, maha data, teknologi maklumat serta teknologi termaju. Kerana itu ‘work from home’ itu tidak boleh dijayakan dengan berkesan,” katanya di Facebook, hari ini.

Mohamad menjelaskan, situasi ini berbeza apa yang berlaku di negara jiran kerana rakyatnya berkecimpung dalam sektor ‘essential services’ yang menyebabkan ekonomi negara itu tidak terlalu parah apabila dilanda sesuatu pandemik.

“Tidak seperti Singapura di mana kebanyakan tenaga kerjanya adalah dalam ‘essential services’ dan mereka boleh bekerja dengan efektif walau di mana jua.

“Lalu segera sediakan rakyat kita dengan ‘skills to succeed’. Program ‘upskilling’ dan ‘reskilling’ boleh dilakukan sekarang.

“Usah tunggu hingga semua sektor dibuka baru ingin dilatih semula tenaga kerja. Latih mereka semasa mereka berada dirumah waktu ini dan dengan kemahiran kalis masa depan,” katanya.

Justeru, Mohamad berkata, inilah peluang keemasan untuk Malaysia melakukan transformasi dalam merekayasa ekonomi negara.

“Akhirnya, pembukaan pelbagai sektor ekonomi dan sosial memerlukan kita menggunakan pelbagai teknologi termaju secara besar-besaran dan segera. Berikan pelbagai insentif untuk digitilisation dan apa jua peralihan kepada ‘mechanisation’, kepintaran buatan (AI) dan ‘robotic technology’.

“Inilah peluang keemasan untuk Malaysia merekayasa ekonominya, didorong dengan teknologi dan innovasi dan meninggalkan orientasi abad lepas dalam sistem ekonominya yang lapuk,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad mengakui rakyat Malaysia perlu menerima hakikat untuk hidup bersama-sama Covid-19 berdasarkan laporan Foreign Affairs yang mengisytiharkan bahawa SAR-Cov-2 adalah ‘virus forever’.

“Ia akan menjadi sebahagian dari peneman kehidupan manusia, abadi dan tidak akan hilang selamanya.

“Kita mesti bersedia dengan paradigma baru bahawa pandemic ini akan menjadi endemic (selesema biasa). Strategi pemulihan kita harus dirumus dengan pemikiran sebegini,” katanya.

Beliau berkata, dalam masa terdekat, kerajaan mesti meningkatkan pengumuman dan menviralkan jumlah vaksinasi dan ‘booster doses’ harian dan peratusan rakyat yang sudah menerima vaksin.

“Ia adalah strategi meningkatkan keyakinan!

“Kedua, ikhtiar memulihkan negara mesti berlaku sekarang. Bukan menunggu pelbagai fasa yang diumumkan. Bersedialah untuk membuka ekonomi kita kepada 17% mereka yang telah di vaksinasikan penuh.

“Benarkan mereka bekerja, belajar, merentas daerah, ke masjid dan berniaga dengan syarat protocol kesihatan yang ketat dan jelas. Kita tidak boleh terus menunggu sehingga semua untuk divaksinasi.

“Bermulalah sekarang dan secara perlahan kerana itulah manifestasi bahawa kita percaya kepada solusi sains melalui vaksinasi. Peningkatan aktiviti ekonomi dan sosial akan berlaku dengan kecepatan vaksinasi, Insha Allah,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here