20 lokaliti di Pahang, Selangor dan Sabah dikenakan PKPD.

0
1

SEBANYAK 20 lokaliti membabitkan tiga negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa Ahad hingga 31 Julai 2021.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dilakukan selepas Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mengambil kira penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan bersetuju untuk mengenakan PKPD di lokaliti-lokaliti terbabit.

Semua lokaliti yang dikenakan PKPD adalah seperti adalah seperti berikut:

  1. 13 lokaliti dalam daerah Kuantan, Pahang membabitkan Tanjung Lumpur, Peramu, Anak Air, Sg Derhaka, Kempadang, Sg Soi, Kg Pahang, Taman Seri Inderapura, Taman Indera Sempurna, Taman Tas & Pandan, Sungai Isap, Lorong Seri Teruntum dan Taman Impianku.
  2. Damai Apartment, PJS 8, Mukim Damansara, Daerah Petaling, Selangor
  3. Jalan Pandan Indah, Mukim Ampang, Daerah Hulu Langat, Selangor
  4. Jalan Batu Nilam, Bandar Bukit Tinggi, Mukim Klang, Daerah Klang, Selangor
  5. Taman Samudera, Mukim Batu, Daerah Gombak, Selangor
  6. Ladang Sawit KLK Lungmanis & Perumahan Kilang, Mukim Silabukan, Lahad Datu, Sabah
  7. Kampung Pinolobuh Bukid, Kota Belud, Sabah PPR Taman Ehsan, Kudat, Sabah – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here