Polis tahan suami isteri buat video minum racun

0
2

SEPASANG suami isteri ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung video memberi minum racun kepada anak, isteri dan dirinya sendiri yang tular di media sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, pasangan berusia 29 tahun itu ditahan pada jam 10.50 malam semalam, manakala isterinya pada jam 3.15 pagi tadi.

“Video berdurasi 16 minit itu menunjukkan suspek mendakwa telah memberi minum racun kepada isteri, anak berusia dua tahun dan dirinya sendiri dalam sebuah kenderaan.

“Perlakuannya ditunjukkan di dalam video tersebut dan hasil semakan lanjut mendapati kejadian tersebut berlaku di kawasan Seremban.

“Satu laporan polis telah diterima berkait video yang tular itu kerana boleh menjadi ikutan dan dorongan yang tidak baik dalam masyarakat dan unsur penganiayaan terhadap kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, 233 Akta Komunikasi Multimedia dan 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Terdahulu, polis mengesan satu video tular melalui Facebook yang berdurasi 16 minit 03 saat, memaparkan seorang lelaki melahirkan rasa tidak puas hati terhadap pemimpin-pemimpin kerajaan dalam menangani masalah pandemik Covid-19. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here