NEGARA Brunei Darussalam dilaporkan mencatatkan sifar kes jangkitan tempatan sejak 434 hari yang lalu.
Menerusi kenyataan mengenai situasi terkini jangkitan Covid-19 di Brunei, Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa negara itu mencatatkan 434 hari kes sifar berkenaan jangkitan virus Covid-19.
Kenyataan itu berkata, kali terakhir Brunei Darussalam mencatatkan kes jangkitan tempatan adalah pada 6 Mei tahun lalu.
Pada masa sama, semalam Brunei Darussalam turut mencatatkan sifar kes import dan kes tempatan.
Brunei setakat ini hanya mencatatkan 282 kes keselurhan dengan 3 kematian. – Malaysiapost

