Azmin yakin pertemuan dengan Erdogan erat hubungan dua hala

0
1

MENTERI Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengadakan pertemuan bersama Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dalam lawatannya ke negara berkenaan.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam kenyataan berkata, Erdogan menyatakan solidariti negara berkenaan bersama-sama Malaysia bagi membendung wabak Covid-19.

“Erdogan juga menunjukkan minat untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi mencapai pengiktirafan berkaitan vaksin,” menurut kenyataan itu.

Erdogan menyatakan solidariti untuk bersama-sama dengan Malaysia dalam usaha memerangi pandemik Covid-19.

“Presiden Erdogan menekankan pentingnya meningkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan Turki termasuk melalui Malaysia-Turki FTA (MTFTA).

“Beliau menyatakan bahawa potensi penuh perdagangan antara Malaysia dan Turki belum dapat direalisasikan. Beliau kemudiannya menekankan perlunya kedua-dua negara bekerjasama untuk meningkatkan jumlah perdagangan sedia ada,” katanya.

Menurut kenyataan itu, Azmin kemudiannya mengulangi komitmen Malaysia untuk meningkatkan hubungan perdagangan membabitkan kedua-dua negara.

Sementara itu dalam hantaran di Facebooknya hari ini, Azmin berkata, pertemuan itu adalah satu penghormatan terhadapnya untuk memperkukuhkan kerjasama kedua-dua negara khususnya dalam pengiktirafan berkaitan vaksin.

“Erdogan menyatakan solidariti Turki untuk bersama-sama dengan Malaysia, mengekang pandemik Covid-19 dan menuju pemulihan serta pertumbuhan ekonomi yang berterusan.

“Kami berdua menyatakan keyakinan bahawa Malaysia dan Turki akan terus membina, memperkukuh dan mempererat hubungan ekonomi, perdagangan dan pelaburan dua hala,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here