Pembocor rahsia mesyuarat MT umpama Si Kitol, pembelot

0
2

VETERAN Umno mendesak Majlis Tertinggi (MT) mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana ahli MT yang terbukti membocorkan rahsia parti.

Setiausaha Agung Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub berkata mereka yang terlibat wajar diheret kepada Jawatankuasa Disiplin Umno untuk disiasat, seterusnya diambil tindakan.

“Perbuatan mendedahkan perbincangan dalam mesyuarat MT melanggar sumpah dan ia boleh diambil tindakan.

“Perbuatan itu amat berbahaya yang boleh mendedahkan strategi dan rahsia parti kepada musuh. Mereka itu seperti Si Kitol dan pembelot kepada perjuangan parti.

“Oleh itu mereka patut dan wajar diambil tindakan bersesuaian dengan peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan dan Etika Jawatankuasa Disiplin Umno,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mustapa berkata semua ahli MT Umno setelah dipilih atau dilantik oleh Presiden, maka mereka akan mengangkat sumpah taat setia dan menyimpan rahsia.

“Ini bermakna mereka bersumpah untuk patuh dan setia kepada dasar Umno sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan serta merahsiakan semua perbincangan dalam mesyuarat MT,” katanya lagi.

Susulan mesyuarat MT minggu lalu yang memutuskan Umno menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri serta-merta, tersebar beberapa rakaman audio berhubung perkara yang dibincangkan.

Antara audio yang tersebar adalam melibatkan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Pengarah Pilihan Raya Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman serta Ketua Umno Tuaran, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Pada masa sama, terdapat pemimpin Umno yang bukan ahli MT serta tidak hadir mesyuarat membuat kenyataan terbuka mnengenai perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here