Jumlah kes aktif hampiri 100,000

0
2
Orang ramai menunggu giliran bagi menjalani saringan Covid-19 di Dewan Seri Siantan Sungai Tua hari ini.

JUMLAH kematian akibat Covid-19 di negara ini kembali mencatatkan tiga angka iaitu 102 kes setelah tiga hari di bawah 100.

Berdasarkan perkongsian di Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah keseluruhan angka kematian kini meningkat kepada 6,260.

Sebanyak 5,041 kes dicatatkan hari ini, iaitu rendah berbanding 8,574 kes baharu sekali gus menyaksikan jumlah kumulatif kes aktif terus meningkat kepada 91,272.

Pada masa sama, sebanyak 964 pesakit kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 452 kes memelihara bantuan pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here