CAC di Taman Sri Andalas akan dipindahkan

0
1

PUSAT Kesihatan Daerah (PKD) Klang akan memindahkan Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di dewan serbaguna Taman Sri Andalas ke lokasi lain yang lebih bersesuaian.

Perkara itu disahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Kandis Mohd Zawawi Ahmad Mughni yang berkata, pihak PKD memohon diberi sedikit masa dalam proses memindahkan CAC berkenaan.

“Hasil perbincangan, pihak PKD mengakui kesilapan kerana tidak melibatkan perbincangan bersama Adun kawasan dan penduduk sebelum mencadangkan pembukaan CAC tersebut.

“Pihak PKD juga bersetuju untuk menyemak semula dan cadangan memindahkan ke lokasi lain bagi CAC berkenaan tetapi memohon diberi sedikit masa untuk mencari lokasi sesuai,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Zawawi menjelaskan, pihak PKD memohon maaf kepada panduduk di Taman Sri Andalas atas kesulitan yang dihadapi.

“Pihak PKD juga memohon maaf dan mengakui mereka kurang berpengalaman dalam mengendali hal-hal sebegini.

“Dalam masa sama PKD akan melakukan tindakan segera mengadakan perbincangan task force melibatkan semua agensi berkaitan, penambahbaikan dari segi keadaan lalu lintas dengan kerjasama pihak PDRM dan MPK (Majlis Perbandaran Klang).

“Menguatkuasakan SOP ketat bagi pesakit yang akan hadir ke CAC, meyediakan lokasi tempat letak kereta sesuai untuk pesakit dan menyediakan pelan laluan sesuai bagi membolehkan surau dibuka dan tidak menggangu penduduk sekitar,” katanya.

Terdahulu tular di media sosial gambar dan video memaparkan orang ramai beratur dalam barisan panjang dari CAC sehingga di hadapan rumah penduduk di taman berkenaan.

Susulan itu, Mohd Zawawi berkata, pihaknya telah menghubungi PKD dan MPK berhubung isu tersebut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here