Giliran Sarawak beralih ke Fasa 2 PPN

0
1
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap pada media di Pusat Pengagihan Vaksin (PPV) PWTC hari ini.

SARAWAK menjadi negeri terbaharu beralih ke Fasa 2 Pelan Pembangunan Negara (PPN) berkuat kuasa 14 Julai ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia setelah Sarawak mencapai nilai ambang tiga indikator utama yang telah ditetapkan.

Katanya, ia diputuskan dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

“Maklumat lanjut mengenai semua kebenaran yang telah ditetapkan bagi fasa 2 boleh dirujuk di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menampakkan impak positif di beberapa negeri iaitu Terengganu, Kelantan, Perlis, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Sabah yang sudah melangkah ke fasa 2. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here