Isu tarik sokongan: Tun Faisal dakwa kenyataan Puad dangkal

0
3

TIMBALAN Ketua Umno Bahagian Putrajaya yang digantung keahliannya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi tidak menceritakan perkara sebenar dalam hujahnya mengenai situasi yang berlaku dalam parti itu.

Beliau berkata, banyak perkara yang dinyatakan Mohd Puad sebagai dangkal termasuk dalam isu keputusan Umno menarik semula sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Puad memaklumkan seramai 43 orang Ahli MKT menyokong keputusan menarik sokongan drpd PM. Hanya 3 tidak bersetuju.

“Soalan bilakah keputusan yang dikatakan keputusan MKT itu dibuat? Semasa Mesyuarat MKT atau di luar Mesyuarat MKT?

“Dimaklumkan bahawa keputusan dibuat di luar Mesyuarat MKT. Presiden memanggil mereka seorang demi seorang dan diminta (mungkin juga diberi tekanan) untuk menandatangani persetujuan,” tulisnya dalam hantaran Facebook.

Tun Faisal berkata, beliau dimaklumkan tiada proses undian dibuat dalam Mesyuarat MKT tersebut.

“Bagaimanakah keputusan perbincangan individu dengan Presiden di luar Mesyuarat MKT boleh dianggap sebagai keputusan Mesyuarat MKT? Tidakkah ini merupakan pelanggaran peraturan dan keputusan yang dibuat di luar Mesyuarat MKT tidak sah?

“Kenapa Presiden tidak membuat undian pada malam Mesyuarat MKT tersebut?,” soalnya.

Tun Faisal berkata, sebaliknya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendedahkan bahawa majoriti Ahli MKT tidak menyokong Presiden untuk menarik sokongan daripada PM dan kerajaan PN.

“Malah, Ahli-ahli Parlimen BN juga mengeluarkan kenyataan media menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri dan kerajaan PN

“Bagi menjawab kenapa perkara lain diputuskan dalam Mesyuarat MKT dan perkara lain pula diumumkan, Puad memberi alasan bahawa tidak semua perkara yang dibincangkan dalam sebarang Mesyuarat MKT diumumkan oleh Presiden,” katanya.

Katanya, Mohd Puad silap lagi kerana Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan membuat pengumuman tambahan mengenai perkara-perkara yang diputuskan tapi tidak diumumkan presiden.

“Iaitu Ahli Parlimen UMNO diberi kebebasan untuk memilih menyokong siapa yang mereka ingin sokong semasa sidang Parlimen.

“Maksudnya memang betul ada perkara yang Presiden tidak umukan semasa sidang media beliau.

“Kenapa Puad tidak berterus terang memaklumkan bahawa teks kenyataan media Presiden telah disediakan lebih awal sebelum Mesyuarat MKT. Kan lebih mudah dan lebih juju,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here