KEJOHANAN Euro 2020 telahpun melabuhkan tirainya dengan Itali muncul juara buat kali kedua selepas melakukannya kali pertama pada 1968.
Kejayaan menewaskan England di Stadium Wembley awal pagi tadi memperlihatkan kekuatan segenap sudut skuad bimbingan Roberto Mancini, daripada penjaga, pertahanan sehinggalah ke barisan serangan.
Ketika Gianluigi Donnarumma cemerlang menepis dua sepakan penalti lawan, dua pertahanan tengah skuad Azurri pula mendapat pujian ramai walaupun dianggap sudah veteran.
Pujian ke atas kedua-dua pemain itu turut dihamburkan oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) yang meninggalkan komen pada satu hantaran di Facebook HarimauMalaya.
“Sepanjang kempen Euro ni. Memang sedap tengok defend Itali ni. Chiellini 36 tahun dan Bonucci 34 tahun. Berpengalaman dan ngam!
“I Know Bonucci better than I know my wife” – Chiellini,” tulis Admin Zack daripada DPPM pada hantaran itu.
Ia menarik perhatian netizen yang bertanya sama ada betul Facebook rasmi Dewan Pemuda PAS yang meninggalkan komen tersebut, atau pengendalinya tersalah akaun.
Selain komen positif, terdapat juga komen berbentuk sindiran yang menyifatkan admin DPPM sebagai ‘lalang’ kerana menyokong Itali di saat menang. – Malaysiapost

