TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan tidak bertolak ansur dengan kilang dan premis perniagaan yang melanggar peraturan.
Beliau berkata, kerajaan akan melaksanakan ‘perang’ habis-habisan dalam melawan Covid-19, serta mengambil tindakan tegas kepada kilang dan premis perniagaan yang masih degil.
“Kerajaan tidak bertolak ansur dengan kilang dan premis perniagaan yang melanggar peraturan.
“Kita akan melakukan ‘perang’ habis-habisan dalam ‘combat’ melawan Covid-19 dan mengambil tindakan tegas kepada kilang dan premis perniagaan yang masih degil,” katanya dalam hantaran Facebook.
Semalam, Ismail Sabri memaklumkan terdapat 108 kilang dan premis perniagaan yang gagal mengikut SOP telah diarah tutup serta-merta dalam tempoh dua hari.
Ia melibatkan 56 kilang dan premis perniagaan yang diarah tutup pada Khamis lalu, manakala baki 52 kelmarin. – Malaysiapost

