MALAYSIA terus mencatat angka jangkitan harian Covid-19 melebihi 9,000 dengan 9,105 kes dilaporkan hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga kini jumlah kumulatif kes positif Covid-19 adalah sebanyak 836,296 kes.
Selangor terus merekodkan jangkitan Covid-19 paling tinggi antara negeri iaitu 4,682 berbanding 4,277 kes positif semalam, ia juga merupakan rekod paling tinggi pernah dicatatkan negeri itu.
Ia diikuti Kuala Lumpur 1,247, Negeri Sembilan 541, Johor 392, Kedah 382, Pahang 300, Melaka 278, Sabah 271 dan Sarawak 270.
Sementara itu, Pulau Pinang merekodkan 243 kes, Perak 207 dan Kelantan 150 kes.
Tiga negeri mencatat kes dua angka ialah Labuan 54 kes, Putrajaya 49 dan Terengganu 38 kes. Sementara itu, Perlis hanya mencatat satu kes. – Malaysiapost

