PKPD: Beberapa laluan utama di Nilai ditutup

0
2

BEBERAPA laluan utama di Nilai yang bersempadan dengan daerah Jelebu, Port Dickson serta Kajang, Selangor ditutup susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di daerah Seremban bermula semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd Fazley Ab Rahman, berkata kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai terdiri daripada empat mukim iaitu Labu, Lenggeng, Pantai dan Setul.

“Polis bersama Jawatankuasa Bencana Daerah Seremban bersetuju menutup beberapa laluan utama dengan melakukan sekatan jalan raya (SJR) di sempadan daerah dan negeri serta mempertingkatkan Operasi Patuh (Op Patuh) di kawasan PKPD,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Fazley berkata, pelaksanaan PKPD bertujuan mengawal pergerakan penduduk di semua mukim terbabit serta mengekang penularan Covid-19.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan PKPD akan dilaksanakan di beberapa lokaliti di Negeri Sembilan selama 14 hari bermula semalam.

Ia membabitkan lapan mukim di Seremban iaitu Ampangan, Labu, Lenggeng, Pantai, Rantau, Rasah, Seremban. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here